digicop_logo_invert

EXPLORE THE WORLD OF BUSINESS

Koperasi Pengguna Digital Nasional Berhad (Digicop) menawarkan pelbagai solusi digital untuk Pengguna. 

Ketahui lanjut...
digicop 1

Tentang Kami

Koperasi Pengguna Digital Nasional Berhad (DIGICOP) merupakan sebuah Koperasi yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). DIGICOP bernombor pendaftaran 202471401333 telah didaftarkan secara rasmi pada 10 Mei 2024. 

DIGICOP bermula dengan keahlian seramai 20 orang, mempunyai majoriti ahli yang mempunyai latar belakang serta terlibat dengan pelbagai bidang perniagaan seperti teknologi maklumat, kewangan, perkhidmatan, peruncitan dan sebagainya. Dengan kekuatan ahli dan anggota lembaga yang berpengalaman, ahli lembaga DIGICOP telah merencana beberapa jenis perniagaan jangka pendek serta jangka panjang yang akan dapat memberikan kemudahan, kelebihan dan keuntungan kepada ahli dan bakal ahli Koperasi.

Ketahui lanjut...

Misi Kami


1. Pembangunan Platform Digital:

Membangunkan dan mengurus platform digital yang inovatif untuk memudahkan urusan harian pengguna, mempromosikan kecekapan dan menyokong transformasi digital dalam kalangan anggota Koperasi dan masyarakat.

2. Perniagaan Ar Rahnu:

Menyediakan perkhidmatan pajak gadai Islam yang patuh syariah dengan memfokuskan kepada keperluan kewangan komuniti serta menawarkan alternatif pembiayaan yang adil dan mudah diakses.

3. Pemberdayaan Anggota:

Menggalakkan penyertaan aktif anggota dalam aktiviti Koperasi serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital mereka melalui program pendidikan dan latihan yang berkualiti.

4. Pembangunan Ekonomi:

Menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan melalui penyediaan peluang perniagaan dan pekerjaan dalam sektor digital dan perkhidmatan kewangan.


Ketahui lanjut...
home-img2

ARAH TUJU KOPERASI

INOVASI BERTERUSAN

Melabur dalam teknologi dan infrastruktur digital untuk terus mengembangkan platform yang ditawarkan oleh Koperasi dengan fokus kepada integrasi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi terkini platform digital yang lain.

KERJASAMA STRATEGIK

Bekerjasama dengan agensi kerajaan, syarikat swasta dan organisasi bukan kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem digital dan kewangan Islam di Malaysia.

KEPUASAN AHLI DAN PENGGUNA

Meningkatkan pengalaman dan kepuasan anggota melalui perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra pengguna. Fokus juga diberikan kepada penyediaan sokongan pelanggan yang responsif.

PERKHIDMATAN KAMI

Berikut merupakan antara perkhidmatan yang disediakan Digicop untuk Ahli-ahlinya.

tabung
SIMPANAN UMRAH
digicop 6
GAYA HIDUP DIGITAL
Digicop 8
AR RAHNU DIGITAL
1+
PERKHIDMATAN DIGITAL
1+
RAKAN KERJASAMA
1+
ANGGOTA KOPERASI
1+
TAHUN PENGALAMAN