PERKHIDMATAN KAMI
Solusi Digital Yang Praktikal & Mampan
Koperasi Pengguna Digital Nasional Berhad (DIGICOP) menyediakan solusi digital yang direka untuk membantu organisasi mendigitalkan operasi, meningkatkan kecekapan dan menyokong model perkhidmatan berjadual.
DIGICOP menyediakan pembangunan dan pengurusan pelbagai jenis platform digital, termasuk:
- Aplikasi Web & Mudah Alih: Sistem berasaskan web dan mobile yang disesuaikan mengikut keperluan perniagaan atau organisasi.
- Platform Super App: Pembangunan platform bersepadu yang menggabungkan pelbagai modul dan perkhidmatan dalam satu aplikasi.
- Sistem Pengurusan Pelanggan & Keahlian: Termasuk pengurusan data pelanggan, keahlian, langganan dan rekod transaksi.
- Sistem Pembayaran & Pengebilan: Sokongan kepada pembayaran bulanan, ansuran dan integrasi sistem pembayaran yang tersusun.
Kami juga menawarkan sokongan untuk:
- Integrasi dengan sistem sedia ada
- Penambahbaikan platform digital
- Penyelenggaraan dan sokongan operasi
- Penilaian keperluan digital (consultative approach)
Perkhidmatan DIGICOP sesuai untuk:
- Institusi pendidikan
- Koperasi dan organisasi
- Syarikat korporat & SME
- Penyedia perkhidmatan profesional
Vendor yang menawarkan servis berlangganan atau ansuran